-->
skip to main | skip to sidebar
  • Laman Utama
  • Biodata
  • Cerpen
  • Novel
  • Senarai Blog
  • Kerjasama
  • TwitterFacebookRSS FeedEmail

Nurina Izzati

Perspektif seorang novelis, blogger dan pelajar.


Sahabat-sahabat yang berasa ada manfaat untuk menyalin mana-mana artikel ataupun gambar daripada blog ini, silalah berbuat demikian dengan menyatakan sumbernya.

Sunday, December 5, 2010

Cerpen: Anda Percaya Pada Jodoh?

6:19 PM  Nurina Izzati  10 comments

Anda Percaya Pada Jodoh?

~Suarakanlah kepadaku yang terpendam dalam hatimu
Tak sanggup kumelihat kau bersedih hiba meratap
Di dalam kau berduka aku turut sama merasa
Kerana sesungguhnya aku sayang kepadamu

Senyumlah kembali
Senyumlah dengan seri
Seperti hari-hari riangmu yang dahulu
Dan setiap kesusahan bukan sekali bererti
Berakhirnya mimpi-mimpi~

“Pergh, ko layan lagu Alleycats, beb?” satu suara menyergah aku. Dah la aku tengah feeling ni. Kacau daun betul la. Aku menoleh. Khatijah. Aku cuma berdiam diri, tidak bersuara. “Dah, dah. Bagi aku pulak layan lagu Wali Band.” Ceh, sesedap hati dia je tukar lagu. Tak pe, biar dia feeling pulak. Aku sebenarnya suka layan lagu orang putih, walaupun kadang-kadang tak faham maksud, bantai je la. Kali ni entah kenapa, tiba-tiba jadi jiwang karat dengar lagu Alleycats.

Waktu itu merupakan waktu pembelajaran ICTL, tapi cikgu kat depan suruh buat kerja masing-masing. Khatijah duduk di sebelah aku. Aku biar dia pulak guna komputer. Macam biasa, aku mula la round satu kelas tengok pelajar-pelajar kelas aku. Aku tengok pelajar melayu suka main game, yang cina buka gambar-gambar artis Korea. Pelajar India sibuk buat presentation. Tengok punye tengok, aku sorang je yang merayau-rayau.

Ah, lantak la. Aku singgah depan. Tempat Aida, Ika, Hafizah dan Munirah. Ika dengan Aida tengah bukak FB. Aku dah bosan dengan FB, aku selalu layan blog je. Kadang-kadang kalau aku rajin aku buka la. Hafizah tengah tengok Munirah main game. Aku jalan sebelah. Eh, tempat budak laki. Tak jadi. Aku pergi tempat lain. Farah dengan Mahirah tengah main game jugak.

Fatini pun tengah main game. Nurul pun main game. Apesal semua orang suka main game je ni? Aku pergi pula ke tempat Saffa, Shahirah dan Tasneem. Tiga-tiga tengah layan lagu. Akhirnya aku pun pergi balik di tempat aku, duduk sebelah Khatijah. Dia pun tengah buka FB. Aku menongkat dagu di sebelah. Sesekali aku menguap. Bosan!

“Rin, ko dah takde keje ke?” Tiba-tiba Ika tegur aku. La, aku ke Rin? Aku mengangguk.

“Nanti di FB ko add xxxx taw. Dia ni kawan aku, baik, alim gitu.” Aku mengangguk sambil melemparkan senyuman termanis yang aku ada. Manis la sangat. Aku hairan, kenapa manusia sekarang suka buat kerja-kerja tak berfaedah macam layan lelaki atau perempuan. Lebih senang, kapel. Tapi aku rasa kawan-kawan kelas aku baik-baik je, tak la kapel-kapel ni. Tengok macam aku, baca buku. Eh, mana ada aku baca buku? Aku pun segera mencapai buku Muslimah Sejati yang aku bawa dari kelas tadi.

Dah dua minggu aku baca tak khatam lagi. Tapi buku ni ok jugak. Panduan untuk menjadi seorang muslimah yang sejati. Aku nak sangat jadi macam tu, harap-harapnya.

“Rin, ko dengar tak?” Sekali lagi aku mengangguk. Ika tersenyum. Comel juga.

“Rin ni pasal lelaki mana dia layan. Tengok pun tak hingin,” tiba-tiba je Khatijah menyampuk. Perli aku ke tolong aku?

“Oh ye Rin, tadi aku terserempak dengan budak yang pakai jam warna pelangi tu. Kacak betul dia hari ni.” Aku tersenyum, sebenarnya dalam hati aku menyampah. Tak pe, senyum itu satu sedekah. Sahabat yang baik adalah yang mendengar bicara sahabatnya, barangkali.

“Rin, dengar tak?” Aku masih tersenyum. Senyum dan terus tersenyum. Dia tak tahu aku ada masalah. Aku tak suka cerita masalah aku pada kawan-kawan aku. Aku mengangguk, meyakinkan.

“Ko ni beb, takkan tak minat kat sape-sape kot. Tipu la.” Aku? Tipu? Hei, ni Rin la. Mana pernah tipu.. Ok, mungkin pernah. Minat? Hrmm.. Otak aku ligat berfikir. Aku cuba memproses memori aku, untuk jawab pertanyaan itu dengan jujur. Lelaki? Takde kot. Aku mana ada suka kat orang, mana la ada orang nak suka kat aku. Aku rasa orang gila je suka kat aku kot. Hahaha.

“Tak.” Ringkas aku menjawab. Aku tak suka banyak cakap.

“Ko ni kenapa, Rin? Sekarang ni remaja macam kita sibuk cari pakwe, atau lelaki idaman. Ko tak rasa rugi ke?” Hafizah tiba-tiba menyampuk. Pakwe? Lelaki idaman? Rugi?

“Tak.” Selamba aku jawab.

“Ko kena cepat, Rin. Kumbang sekarang ni dah makin pupus. Bunga pun bukannya sekuntum,” Munirah pun nak masuk. Ape susah, kalau kumbang dah pupus aku cari belalang. Cute ape. Hehehe.

“Rin takde perasaan.” Aida mencelah. Ape ni? What’s up? Kenapa semua nak kenakan aku? Ceh, berdrama pulak aku dalam hati.

“Aku nak tunggu dia.” Hahaha. Aku buat misteri di situ. Biar semua pelik. Tiba-tiba Farah dan Mahirah datang menghampiri meja kami. Dah kalah main game la tu.

“Diam-diam ubi berisi.”

“Ha, Rin dah ada pakwe? Biar betik?”

“Kantoi.”

“Ko tunggu sapa, Rin?”

“Aku tunggu pendekar yang Tuhan tentukan untuk aku kelak. Imam yang dapat tarik aku ke syurga.” Senang je aku jawab. Bermadah pulak aku ni. Eh, kenapa tiba-tiba semua orang senyap? Helo? Anybody? Tiba-tiba Mahirah memecahkan kebisuan. Bagus pun.

“Mana ada lelaki yang soleh lagi sekarang, Rin? Kebanyakannya dah kapel pun.” Kapel. Atau dalam bahasa inggeris ‘couple’. Satu perkataan yang aku suka berfikir tentangnya.

“Mana ada lelaki yang sempurna. Mana ada perempuan yang sempurna. Tapi aku percaya, masih ada lagi golongan yang suci dalam debu. Yang belum kapel.”

“Ececeh, Rin nak main teka-teki pulak.” Farah tersenyum. Lawa.

“Lelaki yang aku idamkan, ialah lelaki yang tak suka cari aku, tak suka datang pada aku.”

“Ko cakap terus-terang je la. Jangan nak bermisteri la pulak.” Ika buat muka tak faham.

“Menurut aku, lelaki yang tak datang cari wanita itu adalah lelaki yang soleh, yang kuat imannya, yang yakin akan jodoh Tuhan dan sempurna bagi aku.”

“Helo? Beb? Kalau dia tak datang cari ko, ko pun tercangak kat sini, sampai tua pun ko tak kahwin-kahwin.” Aku tersenyum. Kali ni ikhlas la.

“Anda percaya pada jodoh?” Simple soalan tu.

“Percaya la.” Semua jawab serentak.

“Manusia itu telah ditentukan jodoh masing-masing sejak dalam kandungan lagi. Kun faya kun. Jadi maka jadilah. Kalau korang kata korang yakin, kenapa nak cari lagi lelaki lain? Macam korang tak yakin je?” Sengaja aku menduga. Ika mengetap bibir. Fatini, yang aku tak pasti entah bila ada kat situ, menggaru-garu kepalanya.

“Macam ni. Aku yakin korang tahu ayat Wala takrobuzzina’. Dan janganlah kamu menghampiri zina. Menurut aku, kalau asyik fikirkan tentang lelaki, boleh jadi zina hati. Zina juga kan?”

“Ala, tapi aku suka pada orang lelaki yang alim. Cinta kerana Allah.” Aku tak pasti entah sape-sape yang menyampuk.

“Betul ke cinta itu kerana Allah?”

“Maksud ko?” Aida bertanya.

“Menurut aku lagi, cinta kerana Allah adalah percintaan sesama makhluk untuk mendapatkan redha dan kasih Ilahi. Tapi, percintaan ‘monyet’ ni, kadang-kadang melebihkan manusia dan mengetepikan Tuhan. Dah nama pun cinta monyet, cinta manusia dan monyet mana la nak sama.” Ceh, selamba aku je loyar buruk.

“Habis tu, takkan tak boleh nak suka kat orang kot?” Mahirah pula soal aku.

“Suka itu fitrah insan. Manusia yang normal memang ada fitrah untuk dicintai dan mencintai. Cuma, aku rasa kalau kita cari cinta Allah dulu sebelum cinta manusia lagi bagus.”

“Kalau ko kata manusia normal ada fitrah untuk dicintai dan mencintai, apesal ko tak da jatuh hati kat sapa-sapa?” Khatijah menduga. Gulp. Soalan cepumas.

“Aku mungkin tak matang lagi, nanti besar-besar ade la tu…” Masa ni aku tak tahu nak jawab apa, aku bantai je la.

“Ececeh …!” Cis, semua perli aku. Suka kenakan aku budak-budak ni. Cepat, fikir ayat cover.

“Lagipun aku tak suka tahu peribadi lelaki mana-mana. Kalau cakap pun, cakap gitu-gitu je. Orang kata, kalau tak kenal maka tak cinta. Jadi menurut aku, tak perlulah kenal peribadi dia untuk tak jatuh cinta.” Boleh ke ni? Lantak la.

“Rin, kalau kita tengok lelaki, contohnya dia tu kacak. Lepas tu kita selalu tengok dia dan suka kat dia. Salah ka? Aku rasa mesti kau pun pernah macam tu.”

“Tu la, ustaz kata pandangan pertama rezeki. Rezeki ko la tengok dia. Tapi pandangan kedua dan seterusnya itu nafsu. Kalau tak silap aku la. Lagipun zina mata je tengok lelaki.”

“Takkan ko tak pernah suka kat lelaki? Suka pandang pertama. Ke ko lesbian?” soal Fatini. Ceh, kurang hasam. Sesedap dia je kenakan aku.

“Aku kalau ‘ter’tengok lelaki, aku tak nilai muka dia. Lantak la hensem ke tak. Tapi aku tengok rambut dia. Aku suka tengok yang rambut style. Tapi, susah nak cari. Sebab tu aku tak minat sape-sape.” Pergh, ayat cover. Tapi memang betul pun. Tak guna aku bohong kat budak-budak ni. Manusia, mana ada yang sempurna.

“Rin, dulu ko cakap kat aku jangan terlalu memilih. Tapi ko, taste mengalahkan Dato’ Siti,” Khatijah perli aku. Aku tersenyum. Hehehe. Aku redha je sape-sape jadi suami aku. Asal dia pandai jadi imam.

“Susah la nak kawal perasaan aku. Kalau dah sekali ‘ter’suka, nak buat macam mana.”

“Kalau dah suka, belajar-belajar la kawal perasaan tu. Jangan menghampiri zina sudah la. Apa yang aku pesan ni, terserah korang nak ingat ke tak. Yang pasti, aku sayangkan korang semua.” Ceh, feeling pulak kat situ.

“Cari cinta Allah sebelum cinta manusia, ya? Nanti baru kita semua boleh jumpa di syurga. Kita hidup di dunia ni bukannya lama, sekejap je.” Aku tersenyum, tapi aku tak tahu itulah senyuman terakhir aku di dunia ni.
***

“Rin, bangun! Bangun, Rin!” Fatini menggoncang kuat tubuh aku. Ape ni, aku mimpi ke?

“Rin, ko bangun Rin!” Khatijah memanggil-manggil nama aku. Nada suaranya tinggi, seakan-akan menjerit. Aku dengar suara orang ramai baca Yasin. La, siapa yang mati ni?
Pelik betul mimpi aku ni kan.

Tiba-tiba aku nampak Hafizah menghampiri sekujur tubuh kaku yang berbalut kain putih di tengah-tengah ruangan itu. Aku memanjangkan leherku menjenguk. Hafizah menyelak kain yang menutupi wajah mayat itu. Aku terpana. Itu … itu aku??!

Ya. Ternyata aku telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini, untuk selama-lamanya. Aku masih ingat masalah yang aku hadapi sebelum datang ke sekolah hari tu. Aku sedang memegang sampul besar di muka pintu. Aku telah disahkan menghidapi penyakit tumor otak. Mak dengan ayah dah menangis-nangis, sebab penyakit aku dah sampai tahap keempat, tahap maksimum. Masa tu aku tahu nyawa aku tak lama lagi.

Mak dan ayah penat memikirkan kaedah untuk merawat penyakit itu. Aku cuma tersenyum. Senyum dan terus tersenyum. Aku percaya pada takdir, sama macam aku percaya pada jodoh. Maaf jodohku, kalau kita tidak bersama di dunia, mudah-mudahan kita akan bersama di syurga. Ameen.

~Ku penuh sayang penuh dosa
Mengharap ampunanMu
Lihat di langit kesempurnaan hatiMu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu akbar Maha Besar
MemujaMu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
KebesaranMu Tuhan~


“Cari cinta Allah sebelum cinta manusia, ya? Nanti baru kita semua boleh jumpa di syurga. Kita hidup di dunia ni bukannya lama, sekejap je.”

-Rin (Anda percaya pada jodoh?)

p/s : Saya sayang anda semua. Cerpen di atas tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Kalau ada, cuma kebetulan. Cerpen ini cuma sekadar meluah rasa di hati. Penggunaan bahasa agak lintang-pukang sebab cerpen ni cuma sekadar mengisi masa lapang.

Posted in: Cerpen Nurina Izzati
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Newer Post Older Post Home

10 comments:

!slaM!c viruz says:
December 6, 2010 9:43 AM Reply

sungguh syahdu..power...

ariffah9 says:
December 6, 2010 6:03 PM Reply

tapi, best jugak gaya bahasa dia :) lepak gitu..

Nurina Izzati says:
December 6, 2010 9:48 PM Reply

@!slaM!c viruz

bahasa x betul sangat kali ni..

huhu.

=)

Nurina Izzati says:
December 6, 2010 9:49 PM Reply

@ariffah9

hehe.

syukran!

=)

Norain Ishak says:
April 1, 2011 11:35 PM Reply

suka!

Nurina Izzati says:
April 2, 2011 7:10 AM Reply

@Norain Ishak
terima kasih, kak.

=)

princess ugly duck says:
August 2, 2011 5:48 PM Reply

hmmmm...sedih jer baca cerpen ni.............

Nur_Al adawiyy says:
September 11, 2011 8:37 PM Reply

seronok mbacanya ^_^

percayalah pada jodoh..

Nurina Izzati says:
November 25, 2011 8:44 PM Reply

@princess ugly duck
Terima kasih kerana membaca. ^^

Nurina Izzati says:
November 25, 2011 8:45 PM Reply

@Nur_Al adawiyy
Yeah. ^^

Post a Comment

  • Fanpage
  • Kategori
  • Arkib

Labels

  • Cerpen Nurina Izzati (36)
  • Contests and Tags (8)
  • Diari (33)
  • Fesyen Remaja (3)
  • Informasi (22)
  • Islam (15)
  • Jelajah (4)
  • Motivasi (19)
  • Muhasabah (9)
  • Puisi (11)
  • Remaja (6)
  • Sepatah Kata (1)
  • Single unavailable (9)
  • Tips (5)

Arkib

  • ►  2012 (12)
    • ►  May (1)
      • Hari Guru 2012
    • ►  April (1)
      • Diari: Mematangkan Diri
    • ►  March (3)
      • Buat Dia
      • KUSESS Lagi
      • Hidup Umpama Ais-Krim
    • ►  February (1)
      • Diari#31 : Seminggu di KUSESS
    • ►  January (6)
      • Diari#30 : Selamat Tinggal SMK Sultan Badlishah
      • Cerpen: Mastura
      • Jelajah#4: Sepagi Nisa'
      • Cerpen: Pahlawan Zyria
      • Diari#29: 7 Hari
      • Motivasi: Di Sebalik Ujian
  • ►  2011 (113)
    • ►  December (6)
      • Diari#28: Game Over
      • Esok Keputusan PMR
      • Cepat Undi Sebelum Terlambat!
      • Anugerah Novelis Pilihan 2011
      • Segmen 10 perkara Pelik Tentang Saya by Cekbolat
      • Cerpen: Beku
    • ►  November (10)
      • Informasi: Penggunaan Bahasa
      • Muhasabah: Selangkah Ke Belakang #2
      • Muhasabah: Selangkah Ke Belakang #1
      • Contest: Azam Smart Maal Hijrah by DRC & CTK
      • Informasi: Adab Menelefon - Majalah Q&A
      • Motivasi: Aiskrim dan Azam
      • Unexpected Life
      • Contest: I Love My Blog
      • Diari#27: Penyesalan
      • Cerpen: Peluang Kedua
    • ►  October (15)
      • Muhasabah: Tuhan menguji melalui dilema
      • 11 Things About Me
      • Puisi: Impian
      • Iklan UNO
      • Pelajar Tingkatan 3 Berani Meluahkan Perasaan Pada...
      • Informasi: Kad Pengenalan Baru 2012
      • Komik#3
      • Video: Jangan mencuri!
      • Motivasi: Jadilah Seperti Pensel
      • Komik#2
      • Komik#1
      • Diari#26: Moga Allah Selamatkan Kamu, Sahabat
      • Tips: 10 Perkara yang Boleh Anda Lakukan Lepas PMR...
      • Iklan yang Tiada di Malaysia
      • Diari#25: Selamat Merdeka warga Badlishah ^^
    • ►  September (1)
      • September Berlalu, Oktober Menghampiri
    • ►  July (2)
      • Aina Zalia Part 12
      • Dingin Cerita Luka-4
    • ►  June (23)
      • Dingin Cerita Luka-3
      • Trivia: Anugerah Khas Novelis Muda 2011
      • Dingin Cerita Luka-2
      • Dingin Cerita Luka
    • ►  May (10)
    • ►  April (3)
    • ►  March (22)
    • ►  February (9)
    • ►  January (12)
  • ▼  2010 (79)
    • ▼  December (16)
      • Puisi: Dia Satu Dalam Seribu
      • Contest: Malu Betul: Kenangan 2010
      • Single Unavailable : Nurina Izzati
      • Special One: Thanks to Akh Syihab
      • Cerpen: Cinta Muda
      • Video Promosi Single Unavailable
      • Cerpen: Gelap
      • Special One: Thanks to Pendekar Berkuda
      • Diari#7: Promo S.U
      • Special One: Thanks to Ukhti As-Sakinah
      • Cerpen: Kerana Anisah
      • Cerpen: Dia Mahirah
      • Frekuensi Part 8
      • Cerpen: Kau Milikku
      • Cerpen: Anda Percaya Pada Jodoh?
      • Cerpen: Kisah Aku dan Dia
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (7)
    • ►  August (29)
    • ►  July (2)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
  • ►  2009 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)

My Blogs

  • Nurina Izzati
  • Desiran Qalbu

Pembaca Setia

Tinggal Jejak

Banner by Ar9

Powered by Blogger.

 
Hak cipta Nurina Izzati | Penaja template Blogger