-->
skip to main | skip to sidebar
  • Laman Utama
  • Biodata
  • Cerpen
  • Novel
  • Senarai Blog
  • Kerjasama
  • TwitterFacebookRSS FeedEmail

Nurina Izzati

Perspektif seorang novelis, blogger dan pelajar.


Cerpen

Membaca adalah suatu keindahan yang melengkapi kehidupan, mencerdaskan minda serta mampu meningkatkan kreativiti dan imaginasi.

Motivasi

Menulis dengan harapan mampu menjana kita semua ke arah positif kehidupan.

Informasi

Pengetahuan adalah untuk semua. Semoga informasi-informasi yang dikongsikan di sini ada hikmahnya.

Muhasabah

Hidup di bumi ciptaan Allah, banyak tindakan yang telah diambil. Namun adakah semuanya positif? Ayuh renungi.

Diari

Coretan pengalaman daripada kehidupan seorang remaja bernama Nurina Izzati.

Sahabat-sahabat yang berasa ada manfaat untuk menyalin mana-mana artikel ataupun gambar daripada blog ini, silalah berbuat demikian dengan menyatakan sumbernya.

Monday, April 23, 2012

Diari: Mematangkan Diri

5:52 PM  Nurina Izzati  1 comment

Hari makin berlalu. Usia kini semakin tua. 24 April, genap tahun ke 16 saya dilahirkan di dunia ini. Terasa begitu singkat waktu berlalu. Masih berusaha mengumpul amal dan bekalan untuk ke akhirat kelak. Dan juga masih berusaha untuk mematangkan diri bagi menghadapi kehidupan yang mendatang.

Duduk di tempat baru, negeri orang, semuanya perlukan perubahan. Tidak semua orang menyukai kita. Dan tidak semua ikhlas dan tulus bersahabat dengan kita. Apa yang saya belajar di tempat baru ini, ialah kita perlu menerima kekurangan yang ada pada diri seseorang dan menghargai kelebihannya. 

Waktu juga perlu dihargai dengan sempurna. Belajar, dan terus belajar mengukuhkan iman di dada. Kata orang, kehidupan di asrama ibarat sebuah keluarga. masih belum merasai semua itu tetapi sedang berusaha mencarinya. 

Di sini, baru saya ketahui dan temui jenis-jenis manusia yang pelbagai ragam. Harus belajar menerima semua itu. Harus.

Read More

Friday, March 16, 2012

Buat Dia

7:39 AM  Nurina Izzati  2 comments


Google

Ajal maut di tangan Tuhan. Itu yang selalu orang cakap. Tetapi, selagi kita masih bernafas di atas dunia ciptaan Allah, kita kena berjuang. Berjuang dan terus berjuang.

Hidup tak bermakna kalau tiada arah untuk dituju.

Buat dia, ketahuilah, saat aku menaip bait-bait kata yang serba kekurangan ini, aku sedang memikirkan dirimu. Bukan kamu sahaja yang perlu meredah mencari sinar itu. Aku juga begitu. Semua orang perlu.

Hati yang serba gelisah, masih boleh dirawat. Tidak ada istilah terlambat. 

Read More

Wednesday, March 14, 2012

KUSESS Lagi

12:52 PM  Nurina Izzati  3 comments

Writing about KUSESS all over again. Oh well. What can I do? 

Hampir dua bulan, mungkin, saya belum menjejakkan kaki di Kulim. Entah bila boleh pulang, juga tidak pasti.  Bila orang tanya tentang Kusess, entahlah, sekolah ini bagus, tetapi tidak dapat menandingi sekolah yang dulu.  Walau apa pun, kisah silam adalah sejarah lama. Sekarang saya harus sebatikan jiwa bersama Kusess. 

Ujian pertama sudah pun berlalu dan saya tidak berniat untuk menyentuh tentangnya. Kawan-kawan? Alhamdulillah, mereka baik-baik belaka, dan masing-masing mempunyai ragam tersendiri. Ada yang peramah, pendiam, dan tidak ketinggalan juga yang unik. Berikut adalah rakan-rakan baru saya.


(Gambar ehsan FB SM Sains Kuala Selangor) 

Dari kiri belakang: Syamimi, Farhah, Sarah, Hanum, Fatin (pindah), Izzat (pindah), Hafizuddin, Ilman, Farhan, Haziq
Dari kiri hadapan: Diana, saya, Wani, Syafiqah (pindah), Syuhada, Azeem (pindah), Ashraf, Adib, Zaki, Shukri, Irfan

Yang sedang mengetuai ikrar itu merupakan ketua tingkatan, Mustain.

Empat orang telah meninggalkan Kusess kerana masalah tersendiri. Tidak perlulah saya ceritakan di sini. Tetapi digantikan dengan tujuh pelajar baru ambilan kedua iaitu Aini, Anis, Syafireen, Elisa, Soleh, Zahir dan Qardhawi. Khabarnya nanti selepas cuti penggal akan ada seorang lagi pelajar baru dari Putrajaya. 

Kusess mengutamakan sistem rumah dan batch. InsyaAllah, bila lama-lama di sini, pasti semua dapat menyesuaikan diri. Waktu petang, pelajar diberi kebenaran untuk riadah. Waktu tengah malam, pelajar dibenarkan untuk belajar di bilik yang telah dikhaskan jika mahu. Waktu makan pula, enam kali sehari.  

Tinggal di Kusess, perlu ada jati diri dan ketahanan yang kuat. Semangat dan azam yang tinggi perlu ada untuk teruskan perjuangan. Seperti di mana-mana asrama yang lain juga, Kusess juga ada cabarannya yang tersendiri untuk ditempuh. Buat rakan-rakan 4 Zamrud, harap kita tetap kuat semangat walau apa pun dugaan, gesaan dan lontaran yang diterima. Jika ada yang negatif, maka positifkan ia. InsyaAllah, saya juga sedang usaha.

Moga segala ujian dan dugaan yang Allah bagi sama ada yang telah berlaku atau yang akan berlaku akan dapat mematangkan lagi hidup saya. Mudah-mudahan.

Read More
Older Posts
  • Fanpage
  • Kategori
  • Arkib

Labels

  • Cerpen Nurina Izzati (36)
  • Contests and Tags (8)
  • Diari (33)
  • Fesyen Remaja (3)
  • Informasi (22)
  • Islam (15)
  • Jelajah (4)
  • Motivasi (19)
  • Muhasabah (9)
  • Puisi (11)
  • Remaja (6)
  • Sepatah Kata (1)
  • Single unavailable (9)
  • Tips (5)

Arkib

  • ▼  2012 (11)
    • ▼  April (1)
      • Diari: Mematangkan Diri
    • ►  March (3)
      • Buat Dia
      • KUSESS Lagi
      • Hidup Umpama Ais-Krim
    • ►  February (1)
      • Diari#31 : Seminggu di KUSESS
    • ►  January (6)
      • Diari#30 : Selamat Tinggal SMK Sultan Badlishah
      • Cerpen: Mastura
      • Jelajah#4: Sepagi Nisa'
      • Cerpen: Pahlawan Zyria
      • Diari#29: 7 Hari
      • Motivasi: Di Sebalik Ujian
  • ►  2011 (113)
    • ►  December (6)
      • Diari#28: Game Over
      • Esok Keputusan PMR
      • Cepat Undi Sebelum Terlambat!
      • Anugerah Novelis Pilihan 2011
      • Segmen 10 perkara Pelik Tentang Saya by Cekbolat
      • Cerpen: Beku
    • ►  November (10)
      • Informasi: Penggunaan Bahasa
      • Muhasabah: Selangkah Ke Belakang #2
      • Muhasabah: Selangkah Ke Belakang #1
      • Contest: Azam Smart Maal Hijrah by DRC & CTK
      • Informasi: Adab Menelefon - Majalah Q&A
      • Motivasi: Aiskrim dan Azam
      • Unexpected Life
      • Contest: I Love My Blog
      • Diari#27: Penyesalan
      • Cerpen: Peluang Kedua
    • ►  October (15)
      • Muhasabah: Tuhan menguji melalui dilema
      • 11 Things About Me
      • Puisi: Impian
      • Iklan UNO
      • Pelajar Tingkatan 3 Berani Meluahkan Perasaan Pada...
      • Informasi: Kad Pengenalan Baru 2012
      • Komik#3
      • Video: Jangan mencuri!
      • Motivasi: Jadilah Seperti Pensel
      • Komik#2
      • Komik#1
      • Diari#26: Moga Allah Selamatkan Kamu, Sahabat
      • Tips: 10 Perkara yang Boleh Anda Lakukan Lepas PMR...
      • Iklan yang Tiada di Malaysia
      • Diari#25: Selamat Merdeka warga Badlishah ^^
    • ►  September (1)
      • September Berlalu, Oktober Menghampiri
    • ►  July (2)
      • Aina Zalia Part 12
      • Dingin Cerita Luka-4
    • ►  June (23)
      • Dingin Cerita Luka-3
      • Trivia: Anugerah Khas Novelis Muda 2011
      • Dingin Cerita Luka-2
      • Dingin Cerita Luka
      • Dingin Cerita Luka-1
    • ►  May (10)
    • ►  April (3)
    • ►  March (22)
    • ►  February (9)
    • ►  January (12)
  • ►  2010 (79)
    • ►  December (16)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (7)
    • ►  August (29)
    • ►  July (2)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
  • ►  2009 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)

My Blogs

  • Nurina Izzati
  • Desiran Qalbu

Pembaca Setia

Tinggal Jejak

Banner by Ar9

Powered by Blogger.

 
Hak cipta Nurina Izzati | Penaja template Blogger